Wednesday, September 7, 2016

BELAJAR JAHIT MANIK LAGI

assalam semua... lama jugak saya tak kemas kini blog ini. dah nak penghujung 2016 dah nih... hehehe... apa pun tak mengapa janji ada bahan yang nak dimasukkan...

untuk makluman, baru-baru ini saya telah mengikuti kursus sulaman manik anjuran KEMAS daerah hulu langat selama 3 hari.

bukan senang nak dapat peluang untuk ikuti kursus ini... percuma dan dapat sijil... usaha Kerajaan membantu masyarakat untuk menjana pendapatan melalui kursus-kursus (berbagai jenis) samada di bawah KEMAS ataupun mana-mana agensi Kerajaan.

pengalaman yang seronok... dapat kenalan baru dari banyak tempat... serta berukar pengetahuan sesama sendiri...




 

 rekaan yang diajarkan 

peralatan yang dibekalkan.

jahit manik pada tudung butterfly 

jahit manik pada beg


sebahagian dari peserta kursus

sekian dulu buat kali ini. saya akan 'up' kan mana-mana aktiviti dan program yang terlepas dikemudian nanti. bye... :)


Wednesday, November 26, 2014

Belajar Buat Roti Dan Pizza Serta Bengkel Buat Bunga Reben

assalamualaikum warahmatullahiwabakatuh...

lama pulak tak update artikel...

12 oktober 2014 hari tu saya join kelas membuat roti dan pizza di Giatmara Pandah Indah. saya nekad datang seorang diri sebab memang lama sudah menyimpan hasrat nak belajar buat roti.

seronok jugak dapat belajar... sekarang kalau nak makan roti buat sendiri je... hehehe....

boleh dikatakan lepas belajar setiap minggu lak buat roti... tapi roti bun yg kecik-kecik aje...

beberapa gambar yang sempat disnap...



roti bun yang saya buat untuk makan di rumah.

15 november 2014 pula join bengkel membuat bunga reben. bengkel berlangsung selama dua hari di infra bangi. nasib baik la ada bilik untuk bermalam sebab nak balik jauh gak... saya datang dengan kawan yang minat sangat dengan benda-benda macam ni... hehehe...

berikut gambar-gambar yang sempat disnap...

 



 



terima sijil dari tenaga pengajar Pn Suzana Mustafa...

Pn Yah, ni la dia kawan yang minat dengan benda-benda camni... hehehe...


Tuesday, July 8, 2014

Belajar Buat Beg Mekap.

assalamualaikum...

kali ini saya cuba pula membuat beg mekap. dah banyak hari asyik tengok tutorial di youtube saja akhirnya saya mencuba sendiri.

hasilnya...

hasil pertama - beri pada emak saya.

hasil kedua - hadiah harijadi sepupu saya.

hasil ketiga - untuk kawan emak saya.

asalnya suka-suka je buat tapi pagi tadi emak saya beritahu ada kawannya nak tempah beg mekap tu... Alhamdulillah... =)


Percubaan Yang Agak Menjadi!

assalamualaikum... salam ramadhan al mubarak...

walaupun tidak berapa mahir dalam pembuatan hasil keraftangan terutama yang berkaitan dengan kraftangan jahitan tetapi tetap mahu mencuba. hasil dari perca/lebihan kain dan kain felt boleh dibuat pelbagai kraftangan. saya belajar pun dari youtube =).

antara yang saya dapat hasilkan...

beg sling





Sunday, June 15, 2014

Ikut Kelas Belajar Buat Biskut Raya.

14 Jun 2014, sabtu yang lalu ni. lagi sekali, ikut kawan pergi ke kelas buat biskut raya pulak. kali ini di giatmara putrajaya. seronok belajar buat biskut ni, nak berniaga biskut raya pun dah boleh dah nanti. hehehe...

gambar yang sempat dirakam oleh kawan-kawan.





antara biskut yang diajarkan.
biskut fames amos
biskut Y
biskut german

  

Belajar Jahit Langsir :)

pada 7 & 8 jun 2014 hari tu ikut kawan pergi ke kelas belajar menjahit langsir di pusat giatmara setiawangsa. seronok juga belajar dan gurunya memang baik dan 'sporting' habis. tips pembelajaran yang senang. juga dapat kenalan baru.

gambar yang sempat dirakam.


gambar oleh Puan Yah.



lepas ni boleh la jahit langsir sendiri. hehehe...

Sunday, June 8, 2014

BELAJAR MANIK 3D!

lama sungguh tak pos entri kat sini. sebenarnya ada je benda baru yang saya lakukan tapi tak sempat nak 'update' kan. tak apalah, saya masukkan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan hasil terbaru belajar buat manik 3D (tu cuma latihan aje tu) untuk tatapan.



gambar atas ini masa saya pergi ke bengkel jahitan manik 3D di MPAJ.


buku yang dihadiahkan oleh seorang kawan sempena hari ulang tahun kelahiran.
dibawah ini adalah hasil latihan yang saya buat mengikut panduan daridalam buku Variasi Sulam Manik Timbul 3D. cara pembelajarannya mudah fahami dan senang nak buat.



 





sementara ini belum ada orang nak tempah jahit manik lagi. dah tak ada kerja jahit pada baju sendiri tapi buat yang 'simple' aje... heheee...





yang bawah ini pula saya tengok dari 'youtube' kraftangan dari manik-manik yang dibuat gelang atau anting-anting saya  ubah  untuk dijahit atas kain/baju. ada juga yang cuma tengok contoh-contoh kat google aje.